Jumaat, 10 Februari 2012

KISAH AHLI IBADAH DENGAN AHLI MAKSIAT..

Kalian mesti tertanya-tanya kan? Kalian mesti tahu ni kisah dulu-dulu..sebenarnya zaman sekarang pun ada jugak yang macam ni..

Zaman dulu..ada 2 orang kawan baik yang duduk rumah yang sama, tapi peribadi dia orang ni berbeza..
Sorang tu suka beribadah..sorang lagi tu suka buat maksiat..

Dia orang ni tinggal kat rumah 2 tingkat...Besar tu!! Lelaki ahli ibadat tu duduk kat tingkat atas..ahli maksiat tu ulak duduk kat tingkat bawah..

Bila dia orang ni saling berjumpa..ahli ibadah tu mesti bagi nasihat kat ahli maksiat tu..Dia cakap macam ni..."Wahai sahabatku, bila lagi kau nak bertaubat, ingatlah umur kita semakin tua..Sahabatku, marilah naik ke atas beribadat bersamaku..."

Kawan dia yang ahli maksiat itu..memegang secawan arak..lelaki ahli maksiat itu membalas: "Usia kita masih muda wahai sahabatku, Waktu muda inilah kita sepatutnya menikmati semua kesenangan dan kenikmatan dunia. Bila kita tua nanti barulah kita bertaubat..Alangkah ruginya kita membiarkan masa muda kita berlalu sahaja tanpa berhibur..Marilah turun ke bawah wahai sahabatku untuk sama-samamenikmati nikmat dunia."

Begitulah..mereka berdua saling mengajak kepada kebenaran dan kebatilan..

Pada suatu hari, lelaki ahli ibadat yang berada di tingkat atas telah termakan dengan kata-kata sahabatnya itu..Hatinya diresapi syaitan itu berkata:

Hrm..betul jugak apa yang diperkatakan sahabatku itu..Umurku masih muda...


HA!!! Nak dipendekkan cerita...Lelaki ahli maksiat tu pulak cakap dia nak bertaubat...Lepas tu, ahli ibadah ni turun bawah sebab nak sama-sama buat maksiat dengan kawan dia tu..tp berbeza dengan lelaki ahli maksiat tu...dia nak naik tingkat atas..sebab nak buat ibadah dengan kawan dia tu..

Lepas tu, dia orang ni bertembung kat atas tangga..Dia orang terjatuh..Ditakdirkan..dua-dua meninggal...huhuhu sedihnya..
ROH AHLI IBADAT ITU DIAMBIL OLEH MALAIKAT AZAB...MANAKAL ROH AHLI MAKSIAT ITU DIAMBIL OLEH MALAIKAT RAHMAT...
GERUN TAK??? TAPI CERITA NI BUKANNYA NAK SURUH KALIAN BUAT MAKSIAT LEPAS TU BERTAUBAT..TIDAK!!!TIDAK SAMA SEKALI..
TAPI,KALIAN KENA TENGOK PENGAJARAN DI SEBALIKNYA...SESUNGGUHNYA BALASAN BAIK BURUK YANG MEREKA BERDUA DAPAT ADALAH DARI PENGHUJUNG HAYAT MEREKA...
CUBA KALAU AHLI IBADAH TU...KUAT IMAN, DAPAT JUGAK MASUK SYURGA BERSAMA KAWAN DIA TU..SEBAB KAWAN DIA TU BERTAUBAT PUN SEBAB KAWAN DIA..LELAKI AHLI IBADAT...

Selasa, 7 Februari 2012

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.